cerita sedih pagy raya .. ):




aku ada terbaca cite.. sedey gak.. juz imagine this situation berlaku kat korg n bes bes bes fren korg.. wat da heck?? sile la baca..
__  __  __  __  __  __  __  __  __  __  __  __  __  __  __  __  __  __
Pejam celik, pejam celik je dah nak
raya. Dah lama aku tak balik
kampung. Rasanya dah dekat lima tahun
sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya
di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama
hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye? Dah lama aku tak contact dia.
Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar
surat kat dia. Dulu masa kecik main
sama-sama.Bila dah belajar...lupa kawan! Raiz
senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama
Naim.
Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai
membuai sambil melayan kenangan. Mesti
semua orang terkejut dengan
kepulangan nya. Mesti ramai awek
kempung menyesal kerana mengejek dia
dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'!
Selalu kena buli. Naimlah yang selalu
jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak
belajar di luar negara, dia dah
berubah. Jadi kacak dan pandai
bergaya. Naim juga mesti terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang
membawa Raiz dari pekan tadi berhenti
di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah,
Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh
minit. Ketika turun dari bas, Raiz
lihat ada seseorang duduk mencangkung
di bawah tiang lampu. Seakan macam
dikenalinya orang itu. Raiz
menghampiri. Orang itu terkebil-kebil
me mandangnya sambil menggigit anak
kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang
darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa
kau buat
tepi jalan malam-malam camni?" Razi
bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kek eh ketawa. "Aku tunggu kau
baliklah! Wah! Orang UK! Balik
Malaysia jadi camni kau yek.. hensem
nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang
diwajah nya. "Biasa la! zaman bersedar,
manusia pun kena berubah! Mana kau tau
aku nak balik?" Naim tidak menjawab
soalan Raiz, cuma tersengih-sengih.
Raiz memerhatikan Naim dari atas
hingga ke bawah. Ada perubahan ketara
pada sahabatnya. Nampak berserabut,
selek eh dan kakinya sedikit
tempang. "Apa kena dengan kau ni?
Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku
tengok kau ni macam ada masalah je..."
tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.
Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni
terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku
dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku
nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu
menarik tangan Raiz, dan tanpa
membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan
Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang
raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak
ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi
sepi.
Ma lah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim
menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul
Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terja di kat aku! Mak ayah aku sakit,
aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat
kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-
kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!"
Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku
meninggal. Kau tau, takde sapa yang
datang
na k uruskan jenazah, kecuali mak abah
kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak . Dia mengesat airmata
dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib
Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku
jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya
sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada
balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang
cakap aku gila. Minah-minah kilang
pulak tuduh aku nak mengenen diorang.
Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat.
Diorang apa tau?Tak peduli aku makan
ke, minum ke! sakit ke! matipun
diorang mesti tak ambil peduli!" Suara
Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau susah
sampai macam tu sekali!" Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim
cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi
belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah
langsung tak dengar berita. Tengok-
tengok balik dah jadi camni bergaya
kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde
apa boleh dimakan. Ni je la!".
Naim menyorong gelas berisi teh sejuk
dan sepiring biskut kering. Hati Raiz
sebak. Sampai begini susah hidup
Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih
sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz
sayu dan pilu. Naim senyum
tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku
jadi macam ni pun bukan kau punya
angkara. Dah nasib aku, nak buat
camana.
K au dah balik ni, selalu-selalu la
jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
raya,aku mintak ampun maaf dengan kau
dari hujung rambut sampai hujung
kaki.Halal kanlah makan minum aku
selama kita berkawan. Raya ni
datanglah rumah aku ye!" Mereka
berbual hingga larut malam. Raiz tak
sedar hingga pukul berapa. Ketika
matanya terasa berat, Naim
menghulurkan bantal kecil dan tilam
nipis sambil tersenyum. Terus Raiz
tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini
rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz
tersentak dari tidur.Terpisat-pisat
Raiz
bangun." Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat
ibunya berdiri di depan bersama ayah
dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian
cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat
sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah
takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?
Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut
kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu
nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja
batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-pu luh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim,
mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur
siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis
pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober
2003! Raiz terpelangah.
"Mak ! Malam tadi saya jumpa Naim mak!!
Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada
hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada
hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu
ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang
tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya
dengan suara pilu. Raiz tambah
terkejut. Terfikirkan pengalaman malam
tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam
menjelang raya.Kalau betul bulan puasa
tak ada hantu! apakah yang Raiz temui
semalam? Petunjuk apakah yang Allah
ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan
kata- kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la
jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau
dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Halalkan makan minum aku selama kita
berkawan. Raya ni datang lah rumah aku
ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di
sisi pusara arwah Naim lalu menadah
tangan. Kalimah-kalimah ayat suci
disedekahkan kepada arwah."Terima
kas ih kerana mengingatkan aku! semoga
kau tenang dan aman di sana!
moralnya:jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya
kabar

TAMAT

Sincerely by me, NurDianaFitrah ♥

Tiada ulasan:

 
Copyright © All Right Reserved by Nur Diana Fitrah.