COUPLE ???






Couple?
Apakah yang kau faham tentang couple?
Ia! Ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang bukan Mahram
Maka terjadilah couple ini.

"COUPLE" satu perkataan yang sinonim di kalangan remaja sekarang,
Rosaknya akhlak kini angkara bahana couple,
Tidakkah kau tahu couple menghampiri ZINA??
Lalu untuk apa kau bercouple lagi?sunyi?tiada teman?

Ah! itu hanya satu alasan seorang manusia yang tidak berfikir,
Bila terlibatnya diri dalam couple,
Semuanya sanggup diberi,
Maruah sanggup tergadai untuk membuktikan cinta.

Dusta! Dusta! tiada istilah couple dalam Islam,
Hanya ada istilah AKAD untuk menghalalkan hubungan lelaki dan wanita,
Namun kerana lemahnya Iman di dada,
Jatuh! jatuh jua kau akhirnya.

Ada yang kata 'aku cemburu melihat orang couple,tapi aku tak couple',
Tidakkah kau berfikir kau sedang cemburu untuk bermaksiat??,
Nauzubillah min zalik!
Kenapa kau tidak cemburu kepada hati-hati yang tenang mencintai Allah?

Dan kerana couple lah mula lah titik hitam zina,
Kemudian terlahirlah ana yang tidak berdosa NAMUN apa yang kau lakukan??
Dengan bangganya kau buang anak itu ke longkang,sungai dan tong sampah
sampai ada yang digigit anjing, di makan semut api,
Sedarkah engkau kini di Zaman JAHILIAH ?!

Jika dahulu anak di tanam hidup-hidup,
Tetapi sekarang? dahsyatnya kita hari ini,
Ingat! anak itu akan menuntut bela di akhirat kelak,
Di mana kau tidak akan selamat daripada menerima hukuman ALLAH.

Ingatlah fomula ini,
Andai engkau mulakan langkah couple dan tidak bertaubat,
Ia akan tuntut di akhirat,
COUPLE=ZINA=HARAM=NERAKA!

Sincerely by me, NurDianaFitrah ♥

Tiada ulasan:

 
Copyright © All Right Reserved by Nur Diana Fitrah.